Selamat Datang Ke Kelas Cikgu Zana | Dashboard | Follow

Fail Meja

Current updates:
Let's take a moment to say 'Alhamdulillah' for everything we have ^.^

15 May 2011

Masa telah berputar.....Lewat Musim Itu

P&P oleh Cikgu Zana @ 9:02 PM
Lama rasanya ruangan ini kubiarkan sepi. Kesibukan ketika Praktikum Terakhir membataskan segala aktiviti sampinganku yang lain. Namun segala usaha dan perhatian yang diberikan berbaloi..=)..Alhamdulillah...Syukur..segala cubaan dan dugaan berjaya ditempuhi berkat doa dan dorongan insan-insan yang tersayang.TERIMA KASIH SEMUA..
Rasanya baru semalam aku masih dibangku sekolah...seolah-olah tersedar daripada lena yang panjang kini keadaannya berubah. Suasana bertukar tempat.  Tapi itulah kenyataan. Indah..=) 
di sini mulanya...
lewat musim itu
Jika dulu akulah sahabat yang paling garang mengajar rakannya matematik..tapi sekarang guru..yang garang =) kot. Jika dulu kita selalu berbicara tentang masa depan dan cita-cita. alhamdulillah terlaksana. Walau apa pun jua Allah adalah sebaik-baik perancang... 
sahabat sejati...sentiasa diingati..diingati kini dan hingga mati (aisyah & ana)
Kenangan (2005) - pecah masuk kelas waktu cuti...
Sayang, begitu banyak kenangan tidak sempat dirakam. Bersama Suraya & the geng serta Safwan yang kini akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Mei ini..Selamat Pengantin Baru..Semoga menjadi Suami, Bapa dan Pemimpin keluarga yang berjaya..amin =)...  
 Masa telah berputar.....Lewat Musim Itu..
Teringat bagaimana kita pecah masuk ke dalam kelas melalui tingkap belakang..Nasib baik kelas aras tanah. Jika tak...jenuh juga. Memang masa telah berputar.. Perkara yang sama berlaku pada aku wahai sahabat. Seperti yang kita lakukan dulu. Ketika pulang lewat dari sekolah suatu hari, terserempak beberapa orang murid kelasku yang baru tiba di sekolah setelah pulang sebentar tadi. Dengan membawa bekal makanan dan memakai baju yang lusuh. Apabila ditanya ke mana teragak-agak menjawab. akhirnya rahsia mereka terbongkar =)
Cikgu, kami datang nak kemas kelas. Kesian kat cikgu kemas sorang-sorang. Itulah kami dah bincang tadi,nak mai petang ni..kemas sama-sama bagi bersih.
muka secomel hati...love all 
Tersentuh hatiku...bagaimana murid-murid tahun 3 boleh berfikir sebegini.. Matangnya mereka. Merambu air mata mengalir. Bersyukur sangat. Terima Kasih Sayang...cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. kegelisahan yg menghantui
    itu berasal dari sarang laba-laba yg menjaring dalam angan-anganmu.

    yg kau izinkan menguat, menajam, dan perlahan mengiris hatimu yg peka.

    jangan biarkan kegelisahan yg maya itu,
    menggantikan hak nyatamu untuk berbahagia

    segeralah tegaskan dirimu
    untuk menjadi pribadi yg bermata terang,
    berwajah ceria
    berdiri tegak,
    melangkah anggun,
    berbicara ramah dgn senyuman yg menawan...

    ReplyDelete

 

Kelas Cikgu Zana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

Red Flower