Selamat Datang Ke Kelas Cikgu Zana | Dashboard | Follow

Fail Meja

Current updates:
Let's take a moment to say 'Alhamdulillah' for everything we have ^.^

17 June 2011

Kolaj Ikan (daripada bahan terbuang)

P&P oleh Cikgu Zana @ 11:07 PM

Bidang : Menggambar

(Kesesuaian : Tahun 1~ 6)

Siapa kata 'sampah' ni tak berguna?
Hasil Pembelajaran   : 

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i.  menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih
ii.  mengenal alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan Kolaj
iii. menghasilkan kolaj dengan mengaplikasikan sisa pensel + pensel warna

Alat     :  Pengasah Pensel , Gunting
Bahan :  Sisa Pensel / Pensel Warna, Gam UHU @ Gam Polisterin

LANGKAH 1 : 

- Kumpul seberapa banyak habuk dan sisa pensel warna yang diasah...(masa ni semua pensel warna student  saya tajam2...tak ada dah istilah "Pensel Kulup")
 - Sebenarnya saya telah memesan kepada murid-murid untuk kumpul sisa ni 2 minggu sebelum aktiviti...(tapi cikgu kena sedia jugak!)
saya gunakan gambar ikan ni...untuk memudahkan murid menghasilkan kolaj.

Saya laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan. Memandangkan ia agak mengambil masa.
(4 orang satu kumpulan) sebab saya buat sorang amik masa 2 hari...hehe


LANGKAH 2 : 

- Contoh ni hanya untuk memudahkan murid..Mereka boleh guna kreativiti sendiri...untuk tempat2 yang kecil seperti dalam gambar boleh guna habuk pensel warna yang warna-warni tu...Hasilnya sangat menarik.


step 2 ~ habuk warna warna

LANGKAH 3: 

- mula lekatkan sisa pensel warna pada lukisan secara bertindih.
- INGAT.... kolaj mesti BERTINDIH


Susun dengan kemas agar ia kelihatan lebih menarik


LANGKAH 4: 

- Susunlah mengikut kreativiti anda....


lagi Sikit
HASILNYA : 

- Tadaaaaaaa....Selamat mencuba...

Contoh Hasil Akhir


CONTOH LAIN : 
Dihasilkan untuk sumber ilham untuk murid-murid...Maaf tak sempat sediakan banyak contoh =(

'Selamat Mencuba'

Comments
3 Comments

3 comments:

 

Kelas Cikgu Zana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

Red Flower