Bidang : Membentuk & Membuat Binaan
(Kesesuaian : Tahun 4~ 6)
Hasil Pembelajaran   : 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i.  mengenal jenis-jenis Boneka
ii.  mengetahui alat dan bahan yang digunakan
iii. menghasilkan Boneka yang menarik
Alat    : Gunting
Bahan : Gam, Belon, Kertas Warna. Gelang Getah, & Pensel / Pensel Warna / Oil pastel 
Langkah Pertama :
| STEP 1 | 
- Ambilkan sehelai kertas warna bersaiz A4.
- Lukiskan satu rupa yang diminati. Contohnya seperti rupa bunga.
- Lukiskan satu rupa yang diminati. Contohnya seperti rupa bunga.
| STEP 2 | 
Langkah Kedua :
- Guntingkan rupa yang telah dilukiskan tadi. 
- Kemudian ambilkan sebatang pen @ pensel dan cucuk pada bahagian tengah rupa bagi menghasilkan lubang.
| STEP 3 | 
Langkah Ketiga : 
- Masukkan hujung belon ke dalam lubang yang telah ditebuk pada rupa tadi.
- Gam @ Ikat untuk memastikan rupa tadi kukuh bersama belon.
| STEP 4 | 
Langkah Keempat : 
- Sekarang bolehlah hias belon mengikut kreativiti anda
- p/s : disyorkan anda menggunakan kertas warna untuk menghias kerana berdasarkan pengalaman saya ketika menjalankan aktiviti ini & menghias menggunakan marker pen mengakibatkan terdapat banyak belon yang pecah...>_<
| Sebagai sumber ilham murid untuk menghasilkan karya lebih baik | 
Jom kita zoOM sikit.....
| Contoh 1 | 
Boneka ni agak tak berapa nak 'senonoh'. Hal ini disebabkan oleh tak perasan matanya terlekat senget... Pelik sudah! huh
| Contoh 2 | 
Tak tahulah macam mana boleh jadi macam.Mula-mula nak buat ala-ala grad gitu...huhu
| Contoh 3 | 
Tengok...kita tidak semestinya guna belon yang bulat. Belon panjang macam ni pun boleh...
| Contoh 4 | 
Haaa..yang ni JAMBU sikit...di bahagian bawah saya tak guna kertas warna tetapi kelopak bunga...
| Dah jadi Ultraman pulak?...nice | 
| Macam ??? | 
| Comel....ala-ala micky mouse | 
| Cantik kan? | 
| lain daripada yang lain | 
| aplikasi rupa geometri | 
Hah..cuba tengok? comel kan...Amat kreatif...Ramai yang cakap hasil karyanya macam 'klon' tuannya...SEBIJIK!'Selamat Mencuba' | 



Boneka Belon

0 murid aktif:
Post a Comment