Bidang : Menggambar
(Kesesuaian : Tahun 1~ 6)
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i.  menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih
ii.  mengenal alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan Kolaj
iii. menghasilkan kolaj dengan mengaplikasikan sisa pensel + pensel warna
Alat     :  Pengasah Pensel , Gunting
Bahan :  Sisa Pensel / Pensel Warna, Gam UHU @ Gam Polisterin
LANGKAH 1 : 
- Kumpul seberapa banyak habuk dan sisa pensel warna yang diasah...(masa ni semua pensel warna student  saya tajam2...tak ada dah istilah "Pensel Kulup")
- Sebenarnya saya telah memesan kepada murid-murid untuk kumpul sisa ni 2 minggu sebelum aktiviti...(tapi cikgu kena sedia jugak!)
- saya gunakan gambar ikan ni...untuk memudahkan murid menghasilkan kolaj.
- Sebenarnya saya telah memesan kepada murid-murid untuk kumpul sisa ni 2 minggu sebelum aktiviti...(tapi cikgu kena sedia jugak!)
- saya gunakan gambar ikan ni...untuk memudahkan murid menghasilkan kolaj.
![]()  | 
| Saya laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan. Memandangkan ia agak mengambil masa. (4 orang satu kumpulan) sebab saya buat sorang amik masa 2 hari...hehe  | 
LANGKAH 2 : 
- Contoh ni hanya untuk memudahkan murid..Mereka boleh guna kreativiti sendiri...untuk tempat2 yang kecil seperti dalam gambar boleh guna habuk pensel warna yang warna-warni tu...Hasilnya sangat menarik.
![]()  | 
| step 2 ~ habuk warna warna | 
LANGKAH 3: 
- mula lekatkan sisa pensel warna pada lukisan secara bertindih.
- INGAT.... kolaj mesti BERTINDIH
![]()  | 
| Susun dengan kemas agar ia kelihatan lebih menarik | 
LANGKAH 4: 
- Susunlah mengikut kreativiti anda....
![]()  | 
| lagi Sikit | 
HASILNYA : 
- Tadaaaaaaa....Selamat mencuba...
![]()  | 
| Contoh Hasil Akhir | 
CONTOH LAIN : 



Kolaj Ikan (daripada bahan terbuang)







sangat menarik.....
ReplyDeletewow, kreatif....nak wat la!
ReplyDeleteidea yang menarik.....tq
ReplyDelete