Selamat Datang Ke Kelas Cikgu Zana | Dashboard | Follow

Fail Meja

Current updates:
Let's take a moment to say 'Alhamdulillah' for everything we have ^.^

14 June 2011

Kuda

P&P oleh Cikgu Zana @ 2:42 AM
Bila "cinta hati"  saya bosan melukis..hurm...Pada kali ini saya nak share aktiviti Bidang Menggambar pula. Biasanya bila sebut PSV ni mesti orang fikir melukis. Tambah-tambah lagi untuk bidang menggambar. Jadi, bagaimana kita nak hasilkan gambar KUDA  melalui teknik kolaj?

Bidang : Menggambar

(Kesesuaian : Tahun 1~ 6)



"Kenapa Kuda cikgu warna Pink? huhu"
Hasil Pembelajaran   : 

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i.  mengetahui apa itu Kolaj
ii.  mengenal rupa yang digunakan untuk menghasilkan karya
iii. menghasilkan Kolaj Kuda

Alat    : Gunting , Pembaris
Bahan : Gam, , Kertas Warna bersaiz A4 (2helai -berlainan warna) serta Pensel / Pensel Warna / Oil pastel




1. ada satu rupa kacang tanah
2. ada dua rupa segitiga
3. dan ada satu rupa segi empat
 tepat (sorry...senget sikit.)
PERSEDIAAN : 

- Ambilkan sehelai kertas warna bersaiz A4.
- Lukiskan rupa ini memenuhi ruang kertas tersebut..
- Jika aktiviti ini ingin dilakukan untuk tahap 2, biarkan murid-murid sendiri yang melukis rupa tersebut. (kita akan dapat lihat kreativiti mereka)
-  Tetapi jika untuk tahap 1 tidak ada salahnya guru yang sediakan demi kelancaran p&p.






Dah siap potong?




LANGKAH PERTAMA : 
- potong semua rupa yang telah dilukis tadi..
<------macam ni...=)




contoh









LANGKAH KEDUA : 
- ambilkan sehelai kertas A4 berlainan warna, kemudian lekatkan rupa seakan-akan empat segi tepat seperti contoh




macam ni tau...



LANGKAH KETIGA : 
- lekatkan 2 rupa segi tiga...
- dua rupa ini untuk telinga kuda...(setting elok2 ye)



tadaaaa....kan dah jadi rupa kuda






LANGKAH KEEMPAT : 
-kemudian lekatkan rupa kacang tanah tadi sebagai muka kuda....
- sekarang bolehlah 'make-up' kuda tu...bagi lebih menarik...







HASILNYA.....
ni contoh Kuda cikgu...kamu kena buat lebih cantik daripada ni...(dialog saya pada budak2 comel tu)
Kuda Belang Cikgu!


cikgu, kuda ni macam coklat...nampak sedap! ahaha


comelnye...cikgu saya nak buat awan tu...macam-macam reaksi budak2 ni...


JOM kita melawat KUDA-KUDA  "cinta hati"  saya


Kuda senyum? 
kuda ketawa? kemas kan....
kuda bergigi 2?so sweet..pink lagi
ade blusher lagi....
posisi tepi.....lain daripada yang lain
ada rama-rama
ni pun...=)
wah ada tanduk lagi
kuda ganas
comel mata kuda ni norh...
siap ada beruang lagi...
saya suka bulu mata dia....
banyak aplikasi garisan..
BERIKUTNYA...hasil murid tahap 2...
-semua rupa dihasilkan oleh mereka sendiri...

simple...tapi bibir dia...waduh2

Jambu?

macam-macam...

'Selamat Mencuba'

0 murid aktif:

Post a Comment

 

Kelas Cikgu Zana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

Red Flower